Sektor awam kini lebih baik

0

MIRI: Kerajaan telah berjaya mewujudkan budaya kerja sektor awam yang le-bih cekap, berproduktiviti tinggi, kreatif dan inovatif melalui proses transformasi serta penambahbaikan per-khidmatan awam.

Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting berkata, menerusi program transformasi, sektor perkhidmatan awam kini melonjak ke arah satu dimensi baharu iaitu sistem perkhidmatan lebih cekap.

“Perdana Menteri kita telah melakukan pelbagai perubahan serta menambah baik jentera perkhidmatan awam bagi memastikan sektor awam bergerak dengan lebih cekap, efisien dan berproduktiviti tinggi,” katanya pada majlis RTM Bersama Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta di Miri semalam.

Beliau memberitahu, tidak terhenti di situ, kerajaan           juga telah melaksanakan pelan Program Transformasi Ekonomi dan ia ternyata membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya menangani krisis ekonomi sekali gus me-ngukuhkan keyakinan pe-labur terhadap ekonomi Malaysia.

“Akan tetapi landasan pembangunan sosioekonomi yang telah dibina oleh kerajaan tidak akan sempurna tanpa peranan sektor swasta kerana sektor itu turut menyumbang ke arah memajukan serta memandu hala tuju ekonomi ke hadapan,” jelasnya.

Mengulas mengenai progaram RTM, ia dapat mendekat-kan rakyat serta memberi informasi kepada masyarakat mengenai usaha kerajaan, usaha sektor awam dan swasta dalam memberi perkhidmatan kepada pembangunan negara.

“Ia juga memberi ruang serta peluang kepada sektor swasta untuk meningkatkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan agar semua rakyat dapat menikmati taraf hidup berkualiti,” jelasnya.

Dalam masa sama, pengamal media di Sarawak juga katanya, memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan menyampaikan informasi kepada rakyat selain membantu rakyat menyampaikan permintaan kepada kerajaan.

“Tidak kira sama ada media cetak mahupun elektronik, ia merupakan medium terbaik untuk memenuhi kepentingan awam.

“Saya berharap semua pihak meningkatkan kerjasama satu sama lain bagi menjayakan pelan pembangunan kerajaan,” tegasnya.

Hadir sama ialah Pemangku Pengurus Stesen MiriFM Petrus Abai dan Pengurus Kompleks PermyMall Miri Johnson Wee.