Perompak berbasikal larikan iPhone, RM30 daripada seorang gadis

0

SIBU: Dua perompak berbasikal melarikan sebuah iPhone dan wang RM30 daripada seorang gadis yang berseorangan di sebuah pejabat penulis petisyen di Jalan Cross dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, gadis itu yang hanya dikenali sebagai Lau, 22, sedang berse-orangan di dalam pejabat apabila dua lelaki menyerbu masuk dan memaksanya menyerahkan tele-fon bimbit dan wangnya.

Mangsa memberi gambaran dua perompak tersebut diper-cayai berketurunan Iban ber-umur dalam lingkungan awal 20-an berseluar pendek, memakai kemeja-T datang ke situ menggunakan dua basikal.

Lau berkata, ketika itu hanya dia seorang berada di pejabat manakala empat kakitangan yang lain sedang keluar makan.

“Saya diarah menyerahkan iPhone dan wang namun apabila saya enggan menurut arahannya, salah seorang daripada perompak terbabit bertindak menumbuk mata sebelah kanan saya,” katanya.

Katanya, dia cuba melawan mereka namun dua lelaki tersebut bertindak mengheretnya dari tempat duduk dan ketika itu salah seorang daripada mereka menggigit jari kirinya.

Semasa pergelutan di dalam pejabat tersebut, Lau tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit sekuat hatinya.

Jeritan Lau menyedarkan seorang lagi wanita iaitu rakan sekerja mangsa yang berada di pejabat bersebelahan.

Menurut rakan sekerja mangsa yang hanya dikenali sebagai Siti, dia terus keluar dari pejabatnya dan mendapati Lau sudah terba-ring di luar pejabat manakala dua lelaki tersebut sedang memegang tangan mangsa.

“Ketika kejadian saya baharu masuk ke pejabat dan tidak lama kemudian saya terdengar satu jeritan, memaksa saya pergi keluar untuk memeriksa apa yang sedang berlaku,” kata Siti.

Menurut Siti dia sempat melihat mangsa diheret keluar oleh kedua-dua perompak terbabit.

Katanya, kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri selepas dia memberitahu mereka agar jangan mencedera-kan mangsa.

Bagaimanapun salah seorang perompak tersebut tidak sempat mengambil basikalnya dan terus lesap dari situ.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kanan, jari dan lututnya dan kehilangan sebuah iPhone dan wang tunai sebanyak RM30 dalam insiden itu.

Majikan mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian ter-sebut bergegas pulang ke pejabat dan menghubungi polis.