Penagih dadah di S’wak meningkat 2011

0

KUCHING: Jumlah penagih dadah di negeri ini mencatat peningkatkan pada 2011 berbanding tahun sebelumnya dengan lebih 90 peratus daripadanya lelaki.

Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Kartina Ujin berkata, pada 2011 lebih 700 penagih dadah yang ditahan telah diletakkan di bawah pengawasan AADK berbanding sekitar 500 penagih pada 2010.

Beliau menjelaskan, kebanya-kan penagih terdiri daripada komuniti Melayu diikuti Bumiputera lain yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.

Tambahnya, walaupun jumlah itu mungkin kecil berbanding jumlah penduduk bandar ini, AADK menganggap penyalah-gunaan dadah perkara serius memandangkan trend peningkatan.

“Pada 2010, lebih 500 penagih dadah diletakkan di bawah peng-awasan dan memandangkan bila-ngan yang semakin meningkat tahun lepas (2011) iaitu lebih 700 orang, kami mengambil serius perkara ini.

“Kebanyakan mereka meng-ambil dadah jenis syabu yang di-perolehi dari pasaran gelap dan 90 peratus penagih dadah di bawah pengawasan kami adalah lelaki di mana kebanyakannya orang Melayu dan Bumiputera lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Program Kembara Sa-yangi 1Malaysia yang dianjurkan oleh AADK di Dewan Suarah Kuching di sini semalam.

Hadir sama Ketua Kembara Prof Dr Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit.

“Majoriti mereka (penagih) berusia antara 18 hingga 50 tahun yang dirawat di AADK dan se-bahagian daripada mereka pula dihantar ke pusat pemulihan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu bahawa program kembara itu adalah yang pertama kali dianjurkan pada tahun ini dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.

“Kami mempunyai banyak program yang dilancarkan tahun ini untuk mendekati masyarakat terutama anak-anak muda kita.

“Ia adalah lebih kepada pencegahan untuk memberitahu orang ramai tentang bahaya dadah, yang pasti akan membantu mengurangkan gejala sosial,” jelasnya.

Seramai 50 peserta mengikuti program kembara itu yang diada-kan selama tiga hari dari 19 April hingga 22 April bermula di Dewan Suarah Kuching sebelum ke Kampung Pusa dan Kampung Beladin.

Program itu merupakan anjuran bersama AADK, Skuad 1Malaysia, Pusat Pemulihan Narkotik Sarawak (PUSPEN), Jabatan Ke-sihatan Negeri dan Klinik Ke- sihatan Universiti Teknologi MARA Sarawak.