Penembusan tanpa wayar di S’wak dijangka meningkat lebih 50 peratus

0

KUCHING: Kadar penem-busan tanpa wayar atau jalaur lebar di Sarawak dijangka me-ningkat lebih daripada 50 pe-ratus menjelang hujung tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan positif ini akan mendorong usaha kerajaan mencapai 75 peratus kadar penembusan di seluruh negara menjelang 2015 dengan lebih daripada lima juta isi rumah mulai online.

Jelasnya, sebanyak 34 pusat jalur lebar komuniti berkelajuan tinggi telah ditubuhkan di 27 kawasan Parlimen di seluruh negeri ini.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) katanya, kini dalam proses penubuhan 600 jaringan tanpa wayar di kampung-kampung luar bandar.

“Cabaran kita pada hari ini adalah untuk membawa Internet ke luar bandar sama seperti usaha memenuhi keperluan infrastruktur asas seperti elek-trik dan bekalan air bersih.

“Tidak hanya kawasan bandar dalam Sarawak tetapi selepas ini lebih ramai penduduk luar bandar akan dihubungkan secara terus ke-pada dunia laman web.

“Saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk membawa pembangunan digital ke kawasan yang kurang membangun dalam negara ini serta merapatkan jurang digital.

“Dan saya yakin ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kita melihat kampung dan rumah panjang menghantar mesej dan gambar menerusi laman media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden Persatuan Sosial Media Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman.

Menyentuh mengenai majlis itu, Najib berkata ia adalah satu inisiatif yang memainkan peranan yang besar dalam transformasi landskap atas talian Sarawak.

Pergerakan media sosial katanya dilihat aktif di Sarawak seperti bahagian-bahagian lain di Malaysia dan beliau menggalakkan pengamal media sosial mengambil peluang ini untuk melibatkan masyarakat dalam cara yang baharu dan hebat.

Tambah Najib, dalam usaha kerajaan memperhebatkan usaha ke atas bahagian perkakasan (hardware), semua pihak harus memainkan peranan dalam aspek perisian (software) atau isi kandungan atas talian.

“Ini adalah sangat penting dan semua anda yang hadir pada hari ini memainkan peranan yang penting,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang peserta Konvensyen Media  Sosial yang hadir.