Monday, January 30

Liga Samarahan: Team Boss terus kukuh kedudukan

0

KOTA SAMARAHAN: Team Boss terus mengukuhkan kedudukan mereka di persada Liga Samarahan-Naim 2012 apabila menang selesa 3-1 ke atas Pulapol di Stadium Mini Samarahan, di sini Sabtu lalu.

Gol-gol pasukan Team Boss dihasilkan oleh Azizulrahman Bujang pada minit ke-25, Yusri Wahab minit ke-35 dan Suhaili Suip minit ke-41.

Sementara jaringan sagu hati pasukan Pulapol diledakkan oleh pemain penyerangnya pada minit-minit terakhir babak pertama.