Sertai Liga Kapit-Naim dari 19 Mei

0

KAPIT: Persatuan Bola Sepak Kapit mempelawa pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Kapit-Naim 2012 yang akan bermula pada 19 Mei ini.

Kejohanan bertujuan untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili Bahagian Kapit ke Pertandingan Bola Sepak Piala Sarawak 2012 di Miri pada September depan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mohammad Junaidi menerusi talian 019-8193552. Yuran masuk untuk sebuah pasukan ialah RM500.

Tarikh tutup penyertaan ialah 15 Mei pada jam 5 petang, dan kejohanan ini terhad kepada 12 pasukan sahaja.