Monday, March 25

Utusan Borneo A jaguh boling

0

KUCHING: Dengan 1,538 jatuhan pin, pasukan Utusan Borneo A dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Boling Antara Pasukan 2012 anjuran Kelab Percetakan Kuching (KPC) bertempat di Crystal Bowl di sini kelmarin.

UNTUK ALBUM: Para peserta mengambil kesempatan bergambar kenangan sebelum pertandingan dimulakan di Crystal Bowl, BDC, Kuching kelmarin.

Pasukan yang dianggotai oleh Sulaiman Bujang, Taha Kassim, Meling Bedindang dan Mohd Farryzal terlalu unggul untuk ditewaskan, meninggalkan jauh pencabar terdekat Borneo Post D yang meraih tempat kedua dengan 1,313 jatuhan pin.

Tempat ketiga pula digondol oleh pasukan Borneo Post F yang hanya terpisah dua mata dengan pemenang tempat kedua.

Pasukan Borneo Post D dianggotai oleh Micheal Rogers, George Asim, Mohd Faisal Ahmad dan Peter De Run, manakala pasukan Borneo Post F dianggotai oleh Irene C, Jeffery Mostapa, Jeremy Veno dan Chimon Upon.

Dalam pada itu, Taha Kassim muncul pemain terbaik setelah melakukan 474 jatuhan pin. Tempat kedua dirangkul oleh Ting Tieng Hee dengan jatuhan pin sebanyak 408, manakala Jeffery Mostapa sekadar di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 398.

Dengan kemenangan tersebut, Utusan Borneo A menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM400, manakala Borneo Post D meraih RM280 dan Borneo Post F tidak hampa dengan RM200.

Sementara itu, Taha selaku pemain terbaik pertandingan pulang dengan senyuman gembira setelah memenangi iPad 2.

Turut hadir pada pertandingan tersebut ialah Pengarang Urusan Kanan The Borneo Post dan Utusan Borneo, Francis Chan.