Program Armada bukan sekadar jelajah

0

MEMERLUKAN: Fadillah (dua kiri) dan Fatimah (kanan) menyampaikan kerusi roda kepada penerima.

Pemuda PBB kembali kepada asas perjuangan untuk membantu rakyat: Fadillah

 

DALAT: Program Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan sekadar menjelajah pelosok Sarawak tetapi ia menggabungkan misi kemanusiaan oleh PBB untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Ketua Pemudanya, Datuk Fadillah Yusof menegaskan, misi berkenaan bukan sahaja untuk sampai ke tempat per-singgahan, tetapi pada waktu yang sama menjalankan program kebajikan di setiap perhentian.

“Kami disertai rakan-rakan strategik dari pusat GIATMARA dan Lemba-ga Pembangunan Populasi dan Keluarga Negara yang berkongsi dan menyediakan khidmat dan kerja kemasya-rakatan untuk mendekati rakyat.

“Kami kembali kepada asas perjuangan PBB, yang menyediakan perkhidmatan serta membantu rakyat dan pendekatan kali ini berbeza. Kami datang kepada rakyat,” katanya berucap di perhentian Armada Pemuda di Tebingan Dalat di sini, Khamis lalu.

Sambil menasihatkan orang ramai mencontohi etika kerja Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Fadillah berkata, banyak perkara yang boleh dipelajari dan diguna pakai daripada pendekatan ketua menteri dalam kerjanya.

“Kita harus mengguna pakai cara beliau (Taib) me-lakukan pekerjaan. Beliau sentiasa melawat semua jenis tempat di seluruh negeri dan menunaikan apa yang diperlukan dari segi pembangunan. Inilah perkara yang ingin kita pupuk dari program ini,” tambahnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Datuk Fatimah Abdullah berkata, program Armada PBB merupakan satu pendekatan kreatif dan inovatif dalam memberi perkhidmatan dan mempromosikan keupayaan kerajaan kepada rakyat.

“Sebagai ahli Wanita PBB, saya berbangga melihat saudara kita dalam Pemuda PBB terlibat dalam aktiviti sebegini. Usaha ini harus diteruskan pada masa depan,” katanya.

Fadillah kemudiannya ditemani oleh Fatimah menyampaikan kerusi roda kepada penerima yang terpilih dari kawasan berkenaan dalam satu majlis sederhana.

Kumpulan program me-nuju ke Tatau semalam di mana mereka terlibat dalam aktiviti amal seperti derma darah dan sukaneka bersama penduduk setempat sebelum menuju destinasi seterusnya iaitu Miri.