Friday, March 22

Penjenamaan semula promosi Taman Negara Lambir: Ripin

0

KUCHING: Taman Negara Lambir (Taman Air Terjun Lambir) amat dikenali menjadi tempat kunjungan dan riadah utama masyarakat setempat mahupun pelancong-pelancong dari luar sebelum ini.

Ripin Lamat (BN-Lambir) berkata, amat mendukacitakan apabila promosi Taman Negara Lambir agak berkurangan mutakhir ini.

“Saya difahamkan pe-ngunjung-pengunjung pun agak kurang. Ini mungkin disebabkan beberapa kejadian kemalangan dan kecelakaan berlaku sebelum ini dan menjadikan pengunjung-pengunjung fobia untuk datang ke taman itu,” katanya.

Berucap dalam perbahasan usul terima kasih terhadap ucapan Yang di-Pertua Ne-geri, Ripin berharap pihak pengurusan taman dan pihak yang berwajib agar dapat memperbaiki keadaan di taman itu.

“Kalau boleh kita minta mereka melakukan sesuatu supaya segala kecelakaan dapat diatasi, seterusnya menjadikan taman itu sebagai satu produk pelancongan yang dapat menjana pendapatan kepada penduduk Sarawak,” katanya.

Ripin juga memberitahu bahawa keperluan-keperlu-an lain bagi kawasan yang diwakilinya ialah pembinaan tamu di persimpangan Kampung Beraya, Jalan Pesisir Miri/Bintulu.

Katanya, masyarakat setempat juga sering menyuara-kan hasrat untuk mendapat tempat berniaga atau bertamu yang lebih sesuai dan mampu menarik lebih ramai pengunjung.

“Pengwujudan tamu itu juga akan dapat membantu masyarakat di luar bandar memasarkan terus hasil pertanian mereka ke tempat berhampiran dengan kebun tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan pengangkutan menghantar ke bandar atau pekan,” ujarnya.

Beliau menambah pengwujudan skim penanaman getah juga perlu diusahakan di Lambir, memandangkan kawasan terbabit sesuai untuk aktiviti pertanian dan sebila-ngan besar penduduk bergantung kepada bidang pertanian sebagai sara hidup.

“Saya memohon kepada kerajaan dan kementerian yang berkaitan dapat memberikan projek skim pena-naman getah ke kawasan Lambir.

“Kita akui komoditi itu mampu meningkatkan pendapatan dan menghapuskan tahap kemiskinan bagi penduduk dalam jangka masa panjang,” katanya.