Projek Darul Hana mampu tingkatkan taraf hidup penduduk di 13 kampung

0

KUCHING: Projek Pembangunan Darul Hana melibatkan 13 buah kampung di kawasan Seberang Hilir mampu memberikan kesan jangka panjang terutama dari aspek sosial dan pembangunan infrastruktur asas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Kemajuan Usahawan Bumiputera) Datuk Naroden Majais berkata, kesan jangka panjang ini akan mempengaruhi taraf hidup penduduk di kawasan ini.

Antaranya, penyediaan pra-sarana yang lengkap termasuk sistem jalan raya, perparitan, pembetungan, pembuangan sampah dan kemudahan-kemudahan sosial yang lebih baik, sistematik dan teratur.

Selain itu ia turut menyediakan peluang-peluang perniagaan dan persekitaran yang lebih sihat, selamat serta mempunyai kemudahan awam seperti dewan masyara-kat, kawasan rekreasi, kompleks sukan, surau, sekolah dan pusat komersial.

“Pembangunan secara mapan projek ini juga akan memulihara dan mengekalkan ciri-ciri warisan seni bina Melayu, budaya, cara hidup dan persekitaran asal serta aktiviti dan nilai tradisional masyarakat setempat.

“Pada masa yang sama ia akan mewujudkan usahawan Bumiputera tempatan melalui penyediaan premis perniagaan dan pusat komersial khusus untuk industri-industri kampung seperti Kek Lapis Sarawak, batik Sarawak, kuih-muih dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Ditanya mengenai tindakan dan usaha untuk memasti-kan maklumat sahih dapat disebarkan kepada 13 buah kampung yang terlibat, Naroden berkata, pelbagai inisiatif telah dilakukan antaranya bengkel pembangunan Darul Hana pada tahun lepas.

Selain itu, taklimat kepada ketua masyarakat turut diada-kan dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masya-rakat dan wakil rakyat agar projek ini lebih difahami.

Bagi tujuan pelaksanaannya Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan Sumber berkata, ia akan dibangunkan pada tanah seluas 106 ekar yang mana hanya tanah kosong sahaja telah diluluskan manakala peringkat kedua merangkumi pembinaan infrastruktur.