Sunday, September 22

Jangan pertaruh masa depan

0

MERIAH: Najib ditemani Taib dan Jabu memeriahkan lagi majlis dengan turut bersama-sama menyanyikan lagu istimewa gubahan semula oleh Jabu yang bertajuk Wawasan Berkikis Bulu Betis. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

Rakyat diingat agar tidak pertaruh masa depan dengan menyokong pembangkang

BETONG: Rakyat diingat-kan agar tidak mempertaruhkan masa depan ne-gara ini dengan menyokong pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kesilapan langkah mampu meletakkan masa depan negara dalam bahaya.

Jelasnya, ia boleh disaksikan pada negara besar seperti Amerika Syarikat berubah daripada negara pemiutang terbesar di dunia kepada negara penghutang terbesar dalam tempoh tujuh tahun sahaja.

“Kita tidak boleh memperjudikan masa depan kita dengan bereksperimen dengan pihak lain kerana ia boleh menghancurkan negara dengan cepat.

“Nasib sebuah negara besar (seperti Amerika) boleh bertukar dalam jangka masa tujuh tahun sahaja, apatah lagi negara kecil seperti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Ngabang Gawai Dayak 2012 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Men- teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ke-tua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Num-pang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, justeru rakyat harus dapat membezakan fakta dan fiksyen yang dicetuskan oleh pembangkang menerusi aksi politik mereka yang pelbagai.

Perkara ini harus difahami kerana pembangkang akan sentiasa memutar belit fakta, lebih-lebih lagi dengan ke-wujudan media sosial dan Internet, katanya.

“Namun hakikatnya, pembangkang tidak dapat mencontohi kejayaan BN kerana polisi dan kepimpinan BN terbukti walaupun mereka cuba menafikannya.

“Tidak ada sesiapa dapat meragui fakta bahawa kita merupakan negara yang amat berjaya dan Sarawak merdeka dalam Malaysia,” katanya.