Jangan undi SWP jika mereka menentang calon BN

0

JULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati rakyat di kawasan Julau supaya tidak me-ngundi calon Parti Pekerja Sarawak (SWP) seandainya parti itu masih meneruskan hasrat menentang calon Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika benar SWP adalah sebuah parti yang mesra kepada BN, mereka tidak harus meneruskan hasrat menentang mana-mana calon BN.

“Kalau benar mereka mesra ke-pada BN, SWP patut sokong BN dan bukannya menentang BN.

“Seperti yang Pehin Sri ucapkan sebentar tadi, kalau SWP memihak kepada BN kita terima mereka tetapi jika sebaliknya, kita tentang sepenuhnya dan ini adalah mesej saya kepada rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Hari Gawai Dayak ke Rumah Jana Sa-wing, Batu Matup Julau di sini semalam.

Menurut Najib, SWP seharusnya berhenti mendakwa mereka mesra BN bagi mengelakkan rakyat di ne-geri terkeliru.

Dalam pada itu, Najib ketika di-tanya mengenai tarikh pilihan raya, masih berahsia mengenainya.

“Mungkin bulan depan (Julai) selepas habis perayaan Hari Gawai Dayak,” ujar beliau berseloroh.

Sebelum itu, beliau telah diterangkan oleh Timbalan Menteri Pene-rangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang bahawa bulan Julai adalah bulan yang baik bagi masyarakat Iban.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing.