TR1Ma masih belum difahami sepenuhnya

0

KUCHING: Pemandu teksi di negeri ini masih keliru dengan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan rebat kenderaan baharu untuk pembelian teksi.

Dalam sidang media bersama empat persatuan teksi utama yang merangkumi 500 pemandu teksi di Sarawak, mereka menggesa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menjelaskan dengan lebih teliti mengenai panduan memohon rebat dan TR1Ma.

!¡±Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan rebat akan diberikan untuk pembelian kenderaan (teksi) baharu.

!¡±Sehingga hari ini, belum ada pemandu teksi menerima rebat masing-masing,!¡L kata Pengerusi Persatuan Teksi Bumi Kenyalang Philip Ayam semalam.

Philip juga berkata, TR1Ma tidak menggembirakan pemilik teksi di negeri ini.

!¡±Kami tidak pasti sama ada TR1Ma merangkumi Sarawak dan Sabah kerana kami tidak mengetahui bagaimana duit diagihkan,!¡L katanya.

Pandangan Philip turut disokong Pengerusi Persatuan Teksi Bumiputera Kuching Laman Yassin yang berkata, LPKP belum lagi menjelaskan mengenai cara mendapatkan baucar TR1Ma.

Bagi Pengerusi Pemilik Teksi Sarawak Tay Teck Ming, liputan insurans pemandu teksi di Sarawak sepatutnya tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia.

!¡±Di Sarawak, jarak mengambil penumpang tidak sama jauh, jadi kemungkinan kemalangan adalah lebih rendah,!¡L ujar Tay.

Beliau menjelaskan, skim insurans semasa adalah mandatori kepada pemilik teksi untuk membayar RM1,000 hingga RM3,000 setahun.

!¡±Adalah lebih baik kerajaan melihat semula skim insurans untuk kita di negeri ini,!¡L jelasnya.