Wakil rakyat BN bukan berkhidmat untuk pilihan raya sahaja: Fadillah

0

KUCHING: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bukan berkhidmat untuk pilihan raya sahaja tetapi sepanjang masa bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat.

Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira pilihan raya semakin hampir atau sebaliknya.

Menurutnya, tarikh pilihan raya bukan persoalan kepada wakil rakyat BN untuk terus berbakti kepada rakyat.

“Kami (BN) bersedia sepan-jang masa. Ini kerana kami berkhidmat bukan sahaja untuk pilihan raya tetapi sepan-jang masa untuk rakyat.

“Bila-bila masa pilihan raya diadakan bukan menjadi persoalan dan kami bersedia sepanjang masa,” katanya me-nerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me-ngenai ramalan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  akan diada-kan selepas Aidilfitri.

Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan, persediaan memang sudah lama dibuat bagi memastikan BN terus memerintah negara.