Barang di KR1M didakwa lebih mahal

5

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memandang serius aduan orang ramai mengatakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjual beberapa produk keperluan harian pada harga lebih mahal berbanding dijual oleh beberapa pasar raya tempatan di sini.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen berkata memandangkan KR1M merupakan inisiatif kerajaan, kementerian ber-kenaan seharusnya meneliti perkara itu.

“KR1M diwujudkan untuk menjual barangan keperlu-an pada harga murah bagi meringankan beban rakyat tetapi ada aduan mengatakan harga barangan yang dijual di situ lebih mahal berbanding harga di beberapa pasar raya tempatan.

“Situasi ini sama seperti pasar raya yang mendakwa mengadakan jualan murah tetapi sebenarnya hanya gimik untuk menarik pelanggan.

“Ini boleh dianggap mengelirukan atau pengiklanan palsu, yang merupakan satu kesalahan dan boleh didenda oleh KPDNKK,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, semalam.

Menurut Chong yang juga Setiausaha DAP Negeri ADUN Batu Kawah Christina Chiew dan pembantu khasnya Mordi Bimol telah melakukan tinjauan di KR1M yang baharu dibuka di sini dan dua pasar raya tempatan bagi membuat perbandingan harga sekali gus mengesahkan aduan orang ramai itu.

Hasil tinjauan itu katanya terdapat hanya beberapa produk KR1M dijual pada harga yang sama atau le-bih murah daripada harga dikenakan pasar raya lain.

“Ini mendorongkan kepada persoalan, bagaimana KR1M benar-benar membantu meringankan beban rakyat,” persoal Chiew.

Menurut Chiew beberapa barangan makanan seperti kraker krim, beras, makanan dalam tin dan minuman kor-dial yang dijual di KR1M lebih mahal dengan berbezaan harga antara 50 sen hingga RM1.

Chong turut memberitahu KR1M menjual madu berjenama 1Malaysia Farm Honey yang tidak terdapat tarikh luput.

“Kami mendapti tarikh luput telah dipadamkan dengan pena penanda. Kami mahu penjelasan mengenai perkara ini,” katanya.