Amil bertugas sepanjang tahun

0

SUDAH MENJADI KEWAJIPAN: Daud menyampaikan kupon fitrah kepada salah seorang amil yang telah dilantik oleh Baitulmal. Turut kelihatan (dari kiri) Putit dan Abang Shibli.

KUCHING: Mulai tahun ini para amil di Sarawak akan  memberi khidmat sepanjang tahun susulan cadangan Ta-bung Baitulmal Sarawak (TBS) yang mahu memastikan semua umat Islam yang memerlukan mendapat bantuan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata tugas amil kini ti-dak lagi terhad kepada mengutip zakat fitrah tetapi juga berperanan membantu TBS meng-agihkan bantuan.

“Amil akan terus bertugas walaupun sudah tamat Ramadan kerana mereka perlu memantau keadaan kampung dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada Baitulmal de-ngan segera jika ada pendu-      duk memerlukan bantuan,”  katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program taklimat amil bahagian Kuching dan penyerahan kupon fitrah di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini semalam.

“Apa yang kita kehendaki sekarang ini adalah kita mahu para amil ini bergerak 12 bulan bermakna setiap kali ada orang susah mereka pergi ke hadapan memaklumkan kepada Baitulmal,” tambahnya.

Malah, Daud memberitahu bahawa amil juga perlu mewujudkan pangkalan data untuk memastikan maklumat setiap penduduk kampung sentiasa dikemas kini bagi memudahkan Baitulmal menghulurkan bantuan.

Katanya, terdapat 814 amil dilantik TBS untuk bertugas di seluruh negeri dan bagi mereka yang bertugas sepanjang tahun akan diberi imbuhan bersesuai-an.

“Mereka ini akan menjadi mata, telinga dan mulut (Baitulamal) jadi kalau ini kita laksanakan di setiap kampung di Sarawak ini maka tidak ada lagi isu ada orang susah tercicir (daripada mendapat bantuan).

“Kita akan bincang tentang imbuhan mereka… ia bukan isu, saya sudah jelaskan bahawa Baitulmal mampu melaksanakannya,” jelasnya.

Selain itu, Daud memberitahu bahawa TBS juga melaksanakan pelbagai pelaburan termasuk pembinaan Kompleks Islam di Kuching, Miri dan Sibu dengan nilai keseluruhan RM295 juta yang mampu memberi pulangan jangka panjang menerusi sewaan ruang komersial.

“Setakat ini semua projek ini sedang dalam pembinaan yang kesemuanya adalah peruntukan daripada Baitulmal dan kita ti-dak meminjam daripada mana-mana pihak luar atau daripada kerajaan,” ujarnya.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan tetamu kehormat lain.

Untuk maklumat orang ra-mai zakat fitrah tahun ini adalah RM6.50 seorang.