Penerima bantuan JKMNS diseru contohi usaha Rabuyah

0

DALAT: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluar-ga Datuk Fatimah Abdullah mahu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Ne-geri Sarawak (JKMNS) mencontohi kegigihan Rabuyah Dee, 61, yang bergiat aktif dalam sektor pertanian.

Rabuyah, ibu tunggal penerima bantuan JKMNS mengusahakan tanah milik Lembaga Pembangunan dan Lin-dungan Tanah (PELITA) di Kampung Medong Hilir, Dalat Mukah dengan pelbagai tanaman.

“Kegigihan Rabuyah sebagai ibu tunggal harus dicontohi wanita yang senasib dengannya terutamanya penerima bantuan JKMNS untuk berjaya dalam hidup.

“Mengharapkan bantuan JKMNS sahaja tidak mencukupi kerana ia tidak seberapa. Oleh itu bantuan yang diberikan harus digunakan dengan cara lebih efektif untuk nilai tambah dan me-ningkatkan pendapatan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke kebun milik Rabuyah di sini semalam.

Rabuyah yang tinggal di situ sejak tahun 1994 berusaha dengan kudrat yang ada berbudi kepada tanah sekali gus menampung pendapatan keluarganya.

Dia mempunyai enam orang anak; tiga perempuan dan tiga lelaki.

Sementara itu, Rabu-yah berkata pihak Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) turut memberi bantuan alatan untuk penggembur tanah.

“Alat penggembur tanah yang diberi oleh pihak JPS tidak sesuai untuk tanah di kawasan rumah saya, jadi saya jual alat penggembur tanah tersebut.

“Duit hasil jualan daripada barang berkenaan saya gunakan untuk membeli basikal dan basikal tersebut digunakan oleh saya untuk menjual sayur,” kata-nya.

Selain bercucuk ta-nam Rabuyah mengubah bunga dan barangan kraf tangan sebagai pendapatan sampingannya.