Amalan menerusi kesedaran

0

Rakyat tidak harus tunggu sehingga disuruh untuk mengibarkan Jalur Gemilang

SEMARAK PATRIOTISME: Dr Abdul Rahman (kanan) melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan kakitangan Jabatan Penerangan Bahagian Kuching dan Ahli Komuniti 1Malaysia, semalam.

KUCHING: Rakyat tidak harus menunggu sehingga disuruh untuk mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya ia wajar dijadikan amalan menerusi kesedaran setiap kali ke-tibaan Bulan Kemerdekaan.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, amalan itu harus dipupuk sejak kecil dari peringkat rumah dan sekolah.

“Sepatutnya, (mengibarkan Jalur Gemilang) tidak perlu diarah atau dipaksa kerana ia harus ada dalam sanubari setiap warga Malaysia.

“Kalau boleh di peringkat kampung-kampung kita kibarkan Jalur Gemilang di beranda atau tingkap rumah masing-masing, begitu juga di agensi-agensi kerajaan dan swasta,” katanya pada majlis pelepasan konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Peringkat Bahagian Kuching anjuran Jabatan Penerangan Kuching di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, mengibarkan Jalur Gemilang adalah untuk mencetus sema-ngat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, yang mana keutuhan negara bergantung kepada rakyatnya yang bersatu padu.

Sebanyak enam buah ken-deraan milik Jabatan Penera-ngan dan Ahli Komuniti 1Malaysia menyertai konvoi ter-babit yang akan mengedarkan 100 helai Jalur Gemilang se-panjang perjalanan melalui kampung-kampung dan kawasan perumahan dari Ku-ching ke Lundu.

Sementara itu setibanya di Bau, konvoi terbabit disambut oleh Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie dan beberapa kenamaan setempat.

Dalam ucapannya, Nansian berkata semangat patriotik dalam kalangan masyarakat didapati semakin berkurangan dari tahun ke tahun, sejak kemerdekaan diraih 55 tahun lalu.

Beliau memberitahu, ma-syarakat sebaliknya perlu terus menghargai jasa dan pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mencapai kemerdekaan.

“Semakin lama merdeka, semakin kurang semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat kerana ramai yang berada dalam zon selesa sehingga memudahkan pengaruh luar masuk tanpa disedari.

“Perkara ini harus dikekang sekiranya mahu terus menikmati kemerdekaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis di Bau ialah Ahli Parlimen Mas Ga-ding Datuk Dr Tiki Lafe, Pegawai Daerah Bau Simon Japut, Pegawai Penerangan Bau Peter Ahcame dan Ketua Kampung Sibuluh Jiem Nyobek.

Dr Tiki dalam ucapannya berkata, golongan muda perlu dilengkapkan dengan pengertian lebih mendalam mengenai sejarah kemerdekaan kerana ge-nerasi tersebut yang akan meng-ambil alih tugas memelihara kemerdekaan pada masa depan.

“Kita tidak perlu segan mengibarkan Jalur Gemilang kerana itu adalah tanda kita bangga dengan negara kita,” katanya.

Selesai majlis di Bau, konvoi terbabit dilepaskan menuju ke Sematan.