Keselamatan keutamaan Stadium Futsal Viking

0

KUCHING: Faktor keselamatan ketika bermain futsal adalah perkara penting yang dilihat oleh para pemain sebelum memilih lokasi permainan.

Justeru, Stadium Futsal Vikings yang terletak di Jalan Matang-Batu Kawa di sini sangat bertepatan dengan kehendak pemain-pemain futsal yang mementingkan ciri-ciri keselamatan tersebut.

Ia dilengkapi dengan lantai ‘gridcourt interlock’, lantai futsal ekslusif yang mendapat pengiktirafan dari badanbadan futsal antarabangsa.

Lantai futsal tersebut yang dikenali sebagai ‘gridcourt starfl ex indoor series’ memberikan lebih keselamatan kerana ia ditutup dengan lapisan getah istimewa bagi menghalang sebarang kecederaan jika jatuh.

Stadium tersebut mendapat kelulusan dan pengiktirafan ekslusif dari tiga persatuan futsal iaitu Persatuan Futsal Australia (AFA), Persekutuan Futsal Brazil (BFC) dan Persatuan Bola Sepak China.

Ia menyediakan lima stadium dengan satu daripadanya bertaraf antarabangsa (FIFA) dan bersaiz lebih besar dari stadium lain.

Pengarah Urusan, Awang Zaifulizan Abdul Rahman Awang Mohamed berkata stadium tersebut adalah yang pertama di bawah kelolaan Vikings Futsal Malaysia yang berhasrat menyediakan fasiliti berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

“Selain futsal, stadium ini turut menyediakan kedai pakaian jenama Coneli, meja ‘pool’, kedai makanan dan minuman, bilik menukar pakaian, solat dan mesyuarat,” kata Zaifulizan.

“Ia juga menyediakan banyak tempat letak kereta dengan kawalan kamera litar tertutup (CCTV) bagi langkah keselamatan.”

Bayaran sewa adalah seperti berikut: Ahad hingga Khamis – 10 pagi – 8 malam (RM60), 8 pagi – 10 malam (RM90), 10 malam – tutup (RM60). Jumaat hingga Sabtu – 10 pagi – 7 malam (RM60), 7 malam – tutup (RM90).

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 082642210 atau email stadium@vikingsmalaysia. org.