JKM Kuching cari waris Almelda Kurai

0

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching mencari ibu kandung atau waris terdekat Almelda Kurai Medical.

Siasatan awal menunjukkan bapa kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan sejak itu, kanak-kanak terbabit dijaga oleh ibu saudaranya yang bernama Zainab Abdullah @ Chingal Kuda di Miri.

Ibu kandung kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mit Digit @ Florence Ligit dikatakan berasal daripada Miri serta berbangsa Iban dan dipercayai melarikan diri bersama lelaki lain dan tidak diketahui kedudukannya.

Sehubungan itu, memandangkan kanak-kanak ini didapati memerlukan penjaga dan perlindungan seperti pengertian di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001, Pelindung dari JKM Kuching telah mengemukakan kanak-kanak itu di hadapan Majistret Mahkamah Bagi Kanak-kanak (MBKK) Kuching untuk mendapatkan perintah agar beliau ditempatkan di bawah jagaan sementara.

MBKK yang bersidang pada 19 Julai mengeluarkan perintah agar kanak-kanak itu ditempatkan di bawah jagaan sementara iaitu di Rumah Kanak-kanak (RKK) Kuching sehingga pihak JKM Kuching dapat menyediakan satu laporan pelindung berkaitan kanak-kanak.

Pihak JKM Kuching juga memohon kerjasama ibu kandung Almelda atau orang awam yang mengenali keluarga beliau supaya dapat datang ke pejabat JKM Kuching dengan segera.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Suliana Jeryin menerusi talian 082-444251/016-4149140.