Organisasi JKM diperkasa

0

PERANAN PELBAGAI: Fatimah menunjukkan risalah-risalah mengenai peranan JKM pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi mesyuarat kabinet semalam meluluskan cadangan penstrukturan semula organisasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, sebagai usaha meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatannya kepada golongan sasar.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, penstrukturan semula tersebut menyaksikan penambahan bilangan jawatan baharu serta kenaikan gred jawatan, sejajar dengan kerumitan serta kepelbagaian peranan yang dimainkan oleh JKM.

“27 jawatan baharu akan diwujudkan seperti pegawai kewangan, penolong akauntan dan yang berkaitan, sementara 21 jawatan sedia ada akan dinaikkan gred.

“Ini kerana skop tanggungjawab JKM adalah rumit dan pelbagai iaitu bukan sahaja memberikan bantuan bulanan tetapi turut terlibat dalam perlindungan kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas, pemulihan dan pembangunan komuniti, perkhidmatan kaunseling dan psikologi, bertanggungjawab tentang taska dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Dalat kepada penerima kawasan Kuching di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, semalam.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Pengarah JKM Negeri Noriah Ahmad.

Menurut Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, setakat Januari hingga Jun tahun ini, JKM telah menyampaikan bantuan kepada seramai 47,097 penerima di seluruh negeri, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM62.4 juta.

Justeru, bagi menurunkan jumlah tersebut, Fatimah berkata, geran akan disalurkan kepada penerima bantuan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan atau sebagainya, sama ada golongan ibu tunggal, belia atau pesalah juvana.

“Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) menasihatkan agar kita (JKM) harus membantu orang yang betul (memerlukan bantuan) dan membantu dengan cara yang betul.

“Sebab itu, kita telah membincangkan strategi untuk merealisasikan saranan Ketua Menteri ini, iaitu bekerjasama dengan semua wakil rakyat, ketua kaum, pegawai daerah, NGO dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan usaha mengesan golongan sasar agar sistem sokongan yang disediakan kerajaan dapat dirasai oleh golongan yang memerlukan,” kata Fatimah sambil menambah, pihaknya akan membuat analisis bagi senarai penerima sedia ada.

JKM negeri kini mempunyai seramai 656 kakitangan, dengan 259 kakitangan berkhidmat di bawah kerajaan negeri dan 397 di bawah kerajaan bersesuaian.

“Penagih tegar dadah dan alkohol, penjenayah, pesakit AIDS dan bukan warganegara Malaysia misalnya adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Fatimah berkata, pusat persinggahan sementara itu disediakan dengan kos RM1 juta, membabitkan kerja menaik taraf sebuah bangunan.

Katanya, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang penginapan, bilik untuk keluarga serta individu, ruang makan, surau, bilik kaunseling, bilik rawatan dan banyak lagi.

Bagi memastikan pelakpersekutuan.

Sementara itu, Fatimah berkata pusat Anjung Singgah bagi Sarawak dijangka mula beroperasi menjelang bulan depan atau pada bila-bila masa.

Menurut beliau, ia kini sudah siap sepenuhnya iaitu terletak di Lot 289, Seksyen 9, Jalan Rubber di sini.

“Ini merupakan tempat tinggal sementara untuk golongan gelandangan dengan tempoh tinggal maksimum ditetapkan selama 14 hari.

“Mereka haruslah warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas, tiada pekerjaan, tiada tempat penginapan atau yang sanaan pengoperasiannya mengikut konsep yang ditetapkan, Fatimah berkata, ia turut membabitkan kerjasama antara kementeriannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Tenaga Kerja, polis, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), persatuan gereja-gereja dan lain-lain.

“Kerjasama antara agensiagensi ini adalah berkaitan dengan kriteria-kriteria golongan yang layak untuk tinggal di Anjung Singgah ini.

“Misalnya, orang dari luar bandar yang berhijrah ke bandar raya ini untuk mencari pekerjaan tetapi tiada tempat tinggal dan kemudiannya tinggal Anjung Singgah, ia adalah berkaitan Jabatan Tenaga Kerja.

“Begitu juga polis yang berkaitan dengan kehadiran penjenayah ke pusat ini,” jelasnya.

Untuk permulaan pengoperasiannya, Fatimah berkata, ia hanya membabitkan tiga kakitangan iaitu Pegawai Eksekutif, Penyelia dan Penolong Penyelia.