Kereta terbakar, enam penumpang selamat

0

TINGGAL RANGKA: Beginilah keadaan kereta yang terbakar ketika mangsa mahu ke bandar Sibu malam Isnin lalu.

SIBU: Enam penumpang sempat menyelamatkan diri selepas sebuah kereta sedan yang dinaiki tiba-tiba terbakar ketika mereka dalam perjalanan ke bandar Sibu dari Sibu Jaya malam Isnin lalu.

Kesemua mereka yang terselamat merupakan satu keluarga. Kejadian berlaku apabila salah seorang daripada mereka ternampak asap keluar dari enjin kereta yang dinaiki itu.

Pemandu segera memberhentikan kereta dan mengarahkan kesemua mereka keluar dari kenderaan tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dimaklumkan mengenai kejadian berjaya memadamkan api namun keseluruhan kereta tersebut telah musnah sama sekali.