Lokasi semula jadi terbaik

2

PAKEJ PELANCONGAN: Abang Johari merenjis air mawar kepada pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan di Santubong Homestay.

KUCHING: Tempoh lima ta­hun akan datang bakal men­yaksikan Sarawak memiliki kawasan pelancongan se­mula jadi terbaik dengan infrastruktur lengkap dan model yang melibatkan Lundu, Sematan, Telaga Air dan Santubong.Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kementeriannya bersama Unit Perancang Negeri dan Kementerian Pelancongan Malaysia pada masa ini sedang mengkaji pembangunan infra­struktur di kawasan dikenal pasti itu.

“Maknanya dalam masa lima tahun akan datang, kita akan mempunyai satu kawas­an yang boleh kita bangunkan untuk menarik pelancong yang suka dengan alam semula jadi,” katanya pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2012 Santubong Homestay di sini, semalam.

Menurutnya, usaha me­naik taraf kemudahan itu adalah usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelawat berkunjung ke negeri ini sekali gus memperkasakan industri pelancongan.

“Kerajaan sentiasa mem­beri perhatian khusus ke­pada industri perkhid­matan yang berteraskan pelancongan,” ujarnya.Pada masa sama, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan yakin pelancongan di negeri ini mampu berkembang lebih pesat berikutan perancangan berterusan kerajaan meman­tapkan industri tersebut.

“Saya rasa masa depan kita lebih cerah namun kita perlu memberi perkhidmatan ter­baik dan berkualiti kepada kumpulan sasar,” jelasnya.

Beliau menambah, indus­tri inap desa yang semakin berkembang di negeri ini juga memainkan peranan penting dalam usaha mengetengahkan budaya tempatan kepada pelancong asing.

“Ini kerana pengusaha inap desa selalunya akan mewujudkan produk krea­tif termasuk menampilkan persembahan kebudayaan dan menyediakan makanan pilihan rakyat tempatan,” kata Abang Johari.

Mengulas mengenai prestasi industri inap desa di negeri ini, beliau berkata pada tahun lepas pengusaha inap desa negeri ini secara keseluruhan­nya mampu meraih pendapa­tan RM1 juta.

“Kerajaan menerusi Ke­menterian Pelancongan Ma­laysia telah memberi peruntu­kan sebanyak RM5.6 juta un­tuk menaik taraf kemudahan inap desa,” tambahnya.