Persatuan Lumba Basikal Terengganu perluas pencarian bakat

0

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Ter­engganu memperluaskan pen­carian bakat muda dan akan ke Hulu Terengganu dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

Ketua jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jawa­tankuasa Kemajuan dan Kes­elamatan Kampung (JKKK) di daerah Hulu Terengganu bagi menjayakan pencarian bakat itu.

“Setakat ini, kita telah mem­buat beberapa rundingan den­gan beberapa pihak tertentu dan jika tiada halangan, kata putus dapat dibuat tidak lama lagi,” katanya kepada Ber­nama, di Kuala Terengganu, semalam.

Syed Mohd Hussaini berkata inisiatif yang dilakukan itu menjurus ke arah melahir­kan lebih ramai bakat muda negara dalam sukan tersebut agar dapat terus menyaingi negara kuasa besar dalam arena berbasikal dunia.

Antara jaguh berbasikal negara yang dilahirkan Ter­engganu menerusi program sedemikian termasuk Azizul­hasni Awang, Fatehah Mus­tafa, Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pela­pis baharu berkenaan sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan Sukma 2014 di Per­lis nanti. — Bernama