Awang Tengah sertai World Water Congress & Exhibition 2012

0

KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tiba di Busan, Korea Selatan semalam untuk menyertai International Water Association (IWA) World Water Congress & Exhibition 2012 yang bermula 16 hingga 21 September.

Kongres tersebut merupakan peluang keemasan bagi hampir 5,000 komuniti profesional air terkemuka dunia daripada lebih 100 negara untuk bertemu, bertukar pendapat, menerokai dunia seni dan membahaskan isu-isu utama yang mendasari sains dan amalan pengurusan air.

Kongres tersebut juga menggabungkan seluruh ahli kongres air dan pakar-pakar IWA untuk mempamerkan hasil kerja mereka dan merancang pelan untuk aktiviti akan datang.

Persidangan berkenaan turut akan mewujudkan peluang yang baik dan lebih mudah untuk meluaskan asas pelanggan, bertemu rakan kongsi penyelidikan baharu, bertukar-tukar kemahiran dan pengetahuan besar, serta mencipta penyelesaian baharu kepada soalan-soalan berkaitan dunia air.

Pada kongres dunia minggu ini, pakar-pakar daripada lebih 100 negara berkumpul bagi menerangkan penyelesaian pertukaran permainan dan inovasi yang pernah berlaku sebelum ini.

Peserta-peserta dan ketua antarabangsa merupakan calon sesuai bagi inovasi pertukaran permainan dan sanitasi.

Fokus bagi tolakan inovasi tersebut adalah negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana di mana keperluannya adalah yang tertinggi.

Ahli delegasi lain terdiri daripada Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran dan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan lain-lain.

Antara penceramah yang bakal membentangkan kertas kerja mereka semasa kongres tersebut ialah Menteri Persekitaran Korea Selatan Yoo Young Sook dan Pengurus Bank Dunia bagi Program Air dan Sanitasi Jaehyang So dan Pengarah Institut Antarabangsa Gunaan Analisis Sistem (IIASA Austria) Profesor Pavel Kabat.

Topik yang akan disampaikan ialah ‘Sistem Integrasi Air, Pengurusan Kemudahan dan Aset-aset’, Teknologi Rawatan Air’, ‘Rawatan dan Penggunaan Semula’, ‘Air dan Kesihatan’, ‘Sumber Air dan Bekalan’ serta ‘Kemampatan, Air dan Tenaga’.