Krisis air Simunjan diatasi

0

BANTU RAKYAT: Lori-lori yang sarat dengan Tangki Air 1Malaysia berhenti seketika di daerah Asajaya sebelum memulakan perjalanan untuk mengagihkan air ke kawasan yang terjejas.

SIMUNJAN: Kerajaan mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi krisis air yang semakin kritikal di kawasan Simunjan yang terjejas akibat kemarau berlarutan sejak Jun lalu.

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri, berkata sebanyak RM3 juta baharu diluluskan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk peruntukan membekal dan menghantar air dari Kuching ke tempat-tempat terjejas di Simunjan.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan peruntukan itu akan dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan kerja-kerja menghantar bekalan air pula dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Usaha untuk mendapat-kan sumber air yang lain sudah dilakukan pagi tadi (semalam) yang mana saya dan Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas (Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar) berjumpa PM untuk mendapatkan peruntukan  sebanyak RM3 juta se-             perti yang dicadangkan oleh JKR.

“Tanpa banyak tanya dalam masa dua minit sahaja PM telah meluluskan bagi membolehkan JKR mengangkut air dari Kuching ke Simun-jan,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me-ngenai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat di kawasan Simunjan yang terjejas akibat krisis air.

Pada masa yang sama Nancy memberitahu, sehingga kini lebih 100 Tangki Air 1Malaysia telah diagihkan kepada rumah-rumah ibadah dan sekolah serta di pekan untuk membekalkan sumber air bersih kepada penduduk yang terjejas.

“Kami dibantu JKR dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah bertindak menghantar air minuman serta air kegunaan harian ke tempat-tempat yang terjejas,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa JKR sedang mempersiapkan dari segi perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, menyentuh mengenai kaedah pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan, Nancy menjelaskan bahawa kaedah itu tidak sesuai kerana air yang akan dihasilkan tidak sihat untuk diminum.

“Kita tidak dapat melaksanakan pembenihan awan memandangkan air yang akan terhasil tidak dapat diminum,” ujarnya.

Pada Sabtu lepas, kawa-        san tadahan air di Sungai Lepong, Simunjan mencatat 0.4 meter ekoran kekurangan hujan di kawasan itu sejak kebelakangan ini.