Wong tidak tahu kenapa ada pihak mahu beliau dipecat

0

Wong

KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh men-dakwa beliau tidak tahu menahu dan tidak bersalah berhubung laporan dalam beberapa akhbar tempatan baru-baru ini mengatakan ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu membangkitkan usul agar beliau dipecat pada mesyuarat CC pada Ahad lalu.

“Saya tidak tahu menahu kenapa Presiden Datuk Seri Peter Chin menjadikan saya sasaran melainkan ada pihak lain yang ada agenda peribadi menentang saya dan mencari alasan untuk menyingkirkan saya daripada parti,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat diadili kerana tindakan beliau me-ngesyorkan pelantikan ketua-ketua masyarakat dan penge-rusi Majlis Perbandaran Sarikei (MPS) tanpa mendapat nasihat daripada jawatankuasa pusat parti.

“Apabila saya mengendalikan perkara ini, saya melakukannya berdasarkan kuasa saya sebagai menteri yang bertanggungjawab.

“Saya percaya saya tidak melakukan apa yang salah atau menyalahgunakan kuasa saya sebagai menteri. Pendirian saya adalah jelas,” ujar Wong.

Menurutnya pelantikan ketua masyarakat dan pengerusi MPS baru-baru ini adalah berdasarkan kepentingan rakyat yang kepentingan parti.

Menteri Kewangan Kedua itu menambah, secara peri-badi beliau tidak berasa bimbang mahupun tergugat de-ngan tindakan beberapa ahli CC mahu memecatnya daripada parti kerana menurut-nya terdapat beberapa ahli parti menganggapnya sebagai musuh dan sedaya upaya mahu menyingkirkannya daripada parti.

“Ada pihak dalam parti terasa dan tidak senang hati apabila saya dilantik sebagai menteri kabinet negeri.

“Mereka cuba menghalang saya daripada menyertai ka-binet negeri tetapi usaha mereka gagal. Sekarang me-reka berkomplot menjatuhkan saya.

“Saya berharap mereka yang terlibat dalam usaha ini boleh melihat gambaran lebih besar dan berhenti bertindak sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan parti.

“Hakikatnya saya adalah pemimpin SUPP. Bagi saya kekal dalam parti adalah membawa kepentingan kepada parti,” ujarnya.

Pada sidang media selepas mesyuarat CC yang berlangsung Ahad lalu Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu media bahawa beberapa ahli CC ada membangkitkan usul agar Wong dipecat daripada parti.

Bagaimanapun katanya perkara itu tidak dibincangkan dengan terperinci sebaliknya merujukkan per-kara itu kepada jawatankuasa disiplin untuk membuktikan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu bersalah atau sebaliknya.