Friday, July 10

Lampiran 2 CITES mampu jadikan Sarawak pusat industri dagangan buaya

0

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi pusat industri perdagangan buaya di peringkat antarabangsa sekiranya rancangan untuk menurunkan Lampiran 1 Konvensyen Dagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Liar Yang Terancam (CITES) kepada Lampiran 2 mendapat sokongan persidangan CITES pada tahun 2016.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datu Ali Yusop berkata, pelan bagi tujuan tersebut sedang dirangka dan kajian yang baik diperlukan untuk membuktikan kepada masya-rakat dunia bahawa rancangan ter-sebut adalah sewajarnya dan baik.

“Dengan melakukan ini, kita dapat membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh menguruskan buaya kita dan baharulah negara-negara lain akan menyokong kita untuk Lampiran 2.

“Kita berharap menjelang tahun 2016, kita akan dapat mencapai taraf tersebut kerana kita mahu me-nubuhkan industri serta penternakan buaya untuk perdagangan,” kata- nya pada sidang media di sini, semalam.

Pada masa sekarang, Sarawak tertakluk kepada Lampiran 1 CITES yang merangkumi spesies yang di- ancam kepupusan. Dagangan dalam spesimen spesies ini dibenarkan ha-nya dalam keadaan luar biasa.

Manakala, Lampiran 2 merangkumi spesies yang tidak semestinya diancam kepupusan, tetapi dagangannya mesti dikawal untuk mengelak penggunaan yang tidak serasi de-ngan kehidupan spesies terbabit.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Pengurus Besar (Bahagian Pemulihan Biodiversiti dan Kawasan Terlindung) JHS Oswald Braken Tisen menjelaskan, rancangan tersebut dibuat kerana Sarawak memiliki po-pulasi buaya dan mahu masyarakat melihatnya sebagai sumber.

“Jika kita menguruskannya dengan baik, kita secara tidak langsung dapat melibatkan orang ramai untuk menangkap dan menjualnya.

“Ini akan menjadi sumber ekonomi dan memanfaatkan rakyat Sarawak.

“Ini kerana, jika mereka tidak melihat buaya sebagai manfaat, maka mereka akan melihatnya sebagai satu masalah dan membunuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, sasaran perdagangan peringkat antarabangsa ialah China, Taiwan dan Hong Kong yang mempunyai permintaan tinggi terhadap buaya.

“Kita mahu ia (buaya) didagangkan di luar sebab kita tidak boleh menjualnya di Sarawak bahkan Malaysia kerana tidak ada pasaran,” katanya.

Menurut Braken, pasaran buaya di peringkat antarabangsa adalah amat besar yang mana dagangan bagi kulit buaya pada tahun lepas adalah bernilai RM1.5 juta.