Dapatkan nasihat AKPK jika hadapi masalah hutang

0

KUCHING: Agensi Kaun­seling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menasihati golongan yang dibelenggu masalah kredit agar mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi itu.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK Koid Swee Lian berkata ia langkah terbaik di­ambil bukannya mendapatkan bantuan daripada peminjam wang tidak berlesen.

Menurutnya rata-rata in­dividu yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK berjaya mengatasi masalah mereka, bagaimanapun kese­daran rakyat mengenai peranan agensi itu masih rendah.

Namun beliau menambah, lazimnya pelanggan AKPK yang berjaya mengatasi beban hutang mereka menerusi bimb­ingan serta bantuan agensi itu enggan berkongsi pengalaman dengan umum menyebabkan tidak ramai mengetahui men­genai peranan agensi di bawah Bank Negara Malaysia itu.

Sejak AKPK diperkenalkan April 2006 hingga 30 September 2012, 198,870 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan agensi itu dan daripada jumlah itu 81,596 telah dibantu melalui program pengurusan kredit agensi itu.