Sekolah disaran pertingkat kesedaran pelajar terhadap nilai sejarah

0

PENGALAMAN MANIS: Taib berjenaka dengan Ema Dona Tuoh dari SMK Baleh (duduk, tiga kanan) dan Siti Hajar Mohd Hafiz (duduk, dua kiri) selepas Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri 2012 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ragad (tiga kiri) dan Jabu (tiga kanan). — Gambar Jeffery Mostapha

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyaran pihak sekolah menggunakan sambutan Sara-wak Merdeka Dalam Malaysia Ke-50 pada tahun depan sebagai platform memberi pendedahan kepada pelajar tentang nilai sejarah.

Beliau berkata, usaha ter-sebut penting untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekali gus menghargai pengorbanan ge-nerasi lepas yang membawa kemakmuran kepada negeri ini sekarang.

Menurutnya, pada masa sekarang, ada dalam kalangan generasi muda tidak mema-hami makna kemerdekaan menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara ter-kutuk termasuk membakar bendera atau memijak potret pemimpin.

“Pihak sekolah harus menggunakan perayaan ini sebagai platform untuk mendedahkan dan menanam semangat pat-riotik dalam kalangan pelajar.

“Usaha ini agar generasi muda tidak leka di sebalik kemajuan yang kita capai pada masa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandi-ngan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2012 di sini, semalam.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Men-teri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Taib menjelaskan, pelbagai program boleh dianjurkan pihak sekolah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap nilai sejarah.

“Kita perlu anjurkan program menyeronokkan seperti pertandingan untuk menarik minat pelajar menyertainya,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana masyarakat berbilang kaum di negeri ini mampu menguasai bahasa Melayu.

“Ini boleh kita lihat dari-pada kemampuan peserta bahas yang mampu menguasai bahasa Melayu dengan fasih.

“Kemampuan ini merupakan tonggak utama dalam mengukuhkan perpaduan yang dipertahankan sejak sekian lama,” jelasnya.

Menurutnya lagi, penganjuran pertandingan bahas tersebut yang memasuki edisi ke-26 turut memainkan peranan positif ke arah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Sementara itu, Sekolah Me-nengah Sains Miri muncul pe-menang Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2012 menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Baleh, Kapit.

Dengan kemenangan ter-sebut, Sekolah Menengah Sains Miri membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan dua buah komputer riba.

Lebih manis lagi apabila pembahas Sekolah Menengah Sains Miri Muhammad Syafiq Safri diumumkan sebagai Pembahas Terbaik pertan-dingan akhir.

Bagi Anugerah Khas Pembahas Terbaik Bukan Bumiputera, Lee Seng Kiat dari   Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong diumumkan sebagai pemenang.