Impian penduduk Tudan miliki jambatan baharu akan jadi realiti

0

TINJAU: (Dari kiri) Law, Hii, Lawrence dan Ting meninjau keadaan jambatan dan laluan pejalan kaki di Tudan Fasa Empat dan Lima di Miri, semalam.

MIRI: Impian penduduk Tudan Fasa Empat dan Lima untuk memiliki sebuah jambatan baharu akan menjadi realiti pada penghujung tahun ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai memberitahu kerajaan akan membina sebuah jambatan kayu baharu untuk kegunaan penduduk-penduduk kawasan itu yang bakal dibina pada bulan depan.

“Kos pembinaan jambatan itu menelan belanja sejumlah RM80,000 iaitu geran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin dan Pusat Khidmat Hii King Chiong,” katanya pada sesi lawatan di jambatan ter- babit di sini semalam.

Lawrence berkata, saiz ukuran jambatan itu juga diperbesarkan untuk membolehkan kenderaan berat seperti kereta melaluinya.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga akan membesarkan laluan pejalan kaki sejauh 150 meter dari jambatan itu ke kawasan Perumahan Desa Pujut Permyjaya di sini.

“JKR akan memperbesar laluan pejalan kaki dengan membina jalan batu kelikir untuk membolehkan pelbagai jenis kereta melalui laluan ini,” jelas Lawrence.

Projek menaik taraf semula jambatan dan laluan itu di- masukkan dalam program pembangunan kampung pada tahun depan.

Lawrence memberitahu bahawa setelah projek itu siap, pihaknya (MBM) akan memasang sebanyak lima lampu jalan di laluan terbabit.

Pembinaan jambatan itu dicadang sebagai memudahkan perjalanan penduduk kampung ke Permyjaya yang selama ini terpaksa melalui perjalanan yang jauh khasnya ketika menghantar anak-anak ke sekolah.

Kebanyakan anak-anak penduduk kawasan terbabit me-nuntut di SK Merbau, SJK Chung Hua Tudan, SMK Tudan dan SMK Merbau yang terletak di Permyjaya.

Pemilik kereta tidak dapat melalui jambatan sedia ada ke-rana saiz yang agak kecil hanya sesuai untuk kegunaan motosikal dan terpaksa memandu jauh untuk menghantar anak-anak mereka.

Penduduk kini bergantung harap kepada sebuah jambatan kecil yang uzur dan laluan pejalan kaki konkrit yang hanya boleh digunakan oleh motosikal untuk ke Permyjaya.

Pengguna motosikal juga kerap kemalangan di laluan itu khususnya pada waktu malam kerana tidak memiliki lampu jalan.

Malah, jalan terbabit juga dijadikan ‘sarang’ persembunyian kalangan peragut yang meragut penduduk khasnya wanita yang melalui jalan itu pada waktu malam.

Masalah berkenaan disuara-kan kepada Pusat Khidmat Hii King Chiong yang kemudian merujuk aduan penduduk kepada MBM dan Datuk Lee Kim Shin.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Jurutera Jabatan Peng-airan dan Saliran, Law Wee, Penolong Jurutera JKR, Ting Sie Lok, usahawan Hii King Chiong dan kaunselor Lawrence Kong.