Masalah bekalan elektrik perlu diselesaikan segera

3

SIBU: Masalah bekalan elektrik terputus yang menghantui penduduk Desa Kemunyang dan Taman Kenari sejak beberapa minggu lalu mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Darul Ukhwah.

“Kami memandang per-kara ini sangat serius kerana melibatkan keseluruhan penduduk di sini dan kawasan sekitar yang terjejas masalah ini.

“Jika masalah ini berlaku dalam masa yang singkat, kami faham tetapi sudah memasuki minggu ketiga, namun mas-alah ini tidak juga selesai,” kata Pengerusi JKKK Kemunyang (Taman Kenari/Desa Kemunyang) Noel Nyabong Andam pada sidang media di perumahan terbabit di sini petang kelmarin.

Noel memberitahu masalah gangguan bekalan elektrik itu berlaku sejak 21 Oktober lalu dan berlarutan sehingga kini.

“Kita amat kesian dengan situasi penduduk-penduduk di sini. Justeru, sekurang-kurang pihak SESCO memberitahu kepada kami terlebih dahulu agar kami dapat ber-sedia,” kata beliau yang turut sama memuji pengurusan Lembaga Air Sibu yang sentiasa memberi pengumuman ketika berlaku gangguan.

Noel menambah gangguan yang kerap kali berlaku itu menyebabkan peralatan-peralatan elektrik kebanyakan penduduk di sini mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.

Sementara itu, AJK Surau Darul Ukhwah Abdul Halim Junaidi memberitahu masalah yang di luar jangkaan penduduk itu turut menyebabkan banyak aktiviti surau tergendala.

“Ganguan bekalan elektrik sukar diduga, biasanya berlaku pada masa puncak ketika penduduk pulang dari kerja dan ketika membuat per-      siapan anak-anak hendak ke sekolah.

“Paling menyedihkan apabila masa sepatutnya untuk anak-anak mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja bagi orang bekerja tidak dapat dilaksanakan,” jelas Abdul Halim.

Katanya, pihak berwajib ketika dihubungi memberitahu bahawa masalah bekalan elektrik itu timbul disebabkan oleh kerosakan ‘transformer’ yang dilanggar oleh lori pembawa sampah.

“Implikasinya kita dapat lihat kepada emosi penduduk di sini, itu belum melihat ke-san fizikalnya lagi,” tambah-nya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi JKKK Kemunyang (Taman Kenari/Desa Ke-munyang) Mohd Mahmood Rosli, Ketua Biro Kebajikan JKKK Kemunyang Ikom Laja, Ketua Biro Infratruktur dan Perhubungan JKKK Kemunyang Philip Engal serta Ahli Jawatankuasa Surau Darul Ukhwah, Mohammad Yusuf.

Hasil mesyurat ringkas sebelum itu, JKKK Kemunyang memohon agar pihak SESCO memperbaiki sebarang kerosakan dengan kadar segera agar dapat meredakan ke-     resahan penduduk di situ selama ini.

Mereka juga memohon pihak terbabit agar memberitahu terlebih dahulu jika berlaku masalah-masalah seperti ini pada masa-masa akan datang.