S’wak senaraikan direktori ketua masyarakat tahun depan

1

KUCHING: Sarawak akan menggunakan pendekatan direktori yang menyenaraikan semua ketua masyarakat bermula tahun depan sebagai rujukan kepada orang ramai.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh berkata, selain menyenaraikan nama ketua masyarakat, direktori atau buku itu juga me-ngandungi nombor telefon serta gambar ketua masyarakat yang masih berkhidmat.

“Saya telah mengarahkan semua bahagian di negeri ini untuk mengumpul senarai nama ketua masyarakat yang masih berkhidmat sebelum ia dikum-pulkan dalam satu buku.

“Kita berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa tiga bulan dan berasakan bahagian Kuching serta Sibu mungkin lebih cepat dalam pelaksanaan ini berbanding bandar kecil. Bagaimanapun, kita berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan surat lantikan ketua masyarakat Cina daripada Residen Ku-ching Abdul Rahman Sebli Senusi kepada Kapitan Yong Shin Kiong, 58, yang akan berkhidmat di kawasan Kenyalang Park dan surat lantikan kepada      Penghulu Kho Feh Boo, 68, di pejabat Wong di sini, semalam.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, buku itu akan memudahkan orang ramai mengetahui siapa ketua masyarakat mereka, di mana mereka tinggal dan bidang kuasa ketua masyarakat mereka selain untuk menda-patkan bantuan.

Bagi Bahagian Kuching khasnya ketua masyarakat Cina, ujar beliau, Residen dan Pegawai Daerah bersama Temenggung Lu Kim Yung sedang meneliti senarai ketua masyarakat berkhidmat serta kekosongan jawatan untuk dikumpulkan.

“Mereka nanti akan menge-luarkan buku yang lebih baik dan menyenaraikan semua me-reka yang masih berkhidmat.

“Ini kerana kita juga perlu mengemas kini senarai ketua masyarakat kita memandangkan mungkin ada yang perlu ditukar atau dilantik semula,” jelasnya.

Misalnya, kata Wong, ada di kalangan ketua masyarakat terlalu uzur sehingga mencecah 70 tahun atau terlalu lama berkhidmat, selain mereka yang memang tidak mahu meneruskan tugas.

“Di Kuching misalnya, di bawah Temenggong Lu Kim Yung, antara langkah yang digunakan termasuk menganjurkan siri seminar, dialog serta taklimat,” katanya.

Ini bagi membolehkan ketua masyarakat membiasakan diri dengan tugas serta tanggungjawab mereka serta peranan membantu masyarakat, katanya.

Beliau menjelaskan, ini pen-ting kerana peranan ketua masyarakat bukan sahaja membantu rakyat, tetapi juga me-mupuk perpaduan serta keharmonian setempat.

Menurut beliau, sehingga  kini Bahagian Kuching mempunyai seorang temenggung,      82 kapitan, 16 penghulu dan empat pemanca.