Realisasi S’wak kuasa sukan

0

MAWAN

Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Sarawak dilaksana sebaik sahaja CEO PSS dilantik

KUCHING: Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Sarawak akan dilaksanakan sebaik sahaja Ke-tua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dilantik dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata kementerian perlu mendapatkan CEO perbadanan itu selepas calon pertama ditawarkan jawatan itu tidak lapor diri kerana beliau mendapat tawaran yang lebih baik.

Beliau memberitahu, disebabkan masalah itu Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Sarawak tidak dapat dilaksanakan.

“Kita perlu mencari CEO untuk Perbadanan Sukan Sarawak kerana calon yang ditawarkan sebelum ini tidak berminat.

“Saya yakin perbadanan ini akan mendapat CEO kurang dari tempoh sebulan, ia sudah dipilih cuma sekarang saya perlu kemukakan nama kepada kabinet negeri dalam waktu terdekat ini untuk kelulusan.

“Sebaik mendapatkan kelulusan kabinet negeri, kita akan umumkan CEO Perbandanan Sukan Sarawak dan ia akan berfungsi sepenuhnya manakala Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun (Sarawak) akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri majlis penyerahan kereta pacuan empat roda Chevrolet Colorado kepada bapa ratu terjun negara (Pandelela Rinong) Pamg Joheng di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Beliau berkata di bawah PSS semua strategi pembangunan sukan negeri dirangka sebaik mungkin kerana sukan moden memerlukan sokongan jurulatih yang profesional serta sistematik selain fasiliti bertaraf dunia.

“Kita sudah ada Institut Sukan Sarawak (ISS) di Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan pelbagai program telah, sedang dan akan dilaksanakan.

“Jika PSS mula beroperasi sepenuhnya nanti saya percaya sukan kita (Sarawak) akan berada di landasan yang betul,” ujarnya.

Mawan menambah, kerajaan negeri akan sedaya upaya menggandakan usaha untuk menjadikan Sarawak kuasa sukan di rantau ini dengan memfokus kepada beberapa bidang sukan seperti bola sepak, badminton, skuasy, boling tenpin, acara terjun, memanah dan lumba ba-     sikal.

Sementara itu pihak yang bertanggungjawab menye- diakan laporan pelan induk itu, Australian Business Centre (ABC) telah menghantar lima laporan kepada Kementerian Pembangunan     Sosial untuk diteliti pada Februari 2011.

CEO merangkap pengarah ABC, Rodger Chan berkata objektif keseluruhan Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Sarawak ialah            menyerlahkan lagi sektor sukan di negeri ini menjelang 2020.

“Sekarang masanya untuk mengubah Sarawak menjadi negeri sukan yang dominan di Malaysia dengan secara kerap memenangi kejohanan kebangsaan di sekolah, bawah 21 tahun dan terbuka.

“Kita mahu atlet negeri ini secara kerap mewakili Malaysia dan berjaya dalam acara sukan di peringkat wilayah dan antarabangsa.

“Kita mahu industri sukan yang lestari termasuk sektor pelancongan sukan yang berjaya dengan meningkatkan pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

“Maknanya perancangan dan pengurusan terbaik kemudahan sukan yang meme-nuhi keperluan sukan elit serta komuniti secara keseluruhannya,” kata Chan.