Kaum India beri sumbangan penting kepada pembangunan negeri: Talib

0

WARNA-WARNI: Talib dan isteri bersama Kannan (di sebelah kanan Talib) dan keluarganya menghayati hasil seni Kolam.

KUCHING: Kaum India merupakan kaum minoriti namun telah memberi sumbangan penting kepada masyarakat khasnya dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan yang patut dibanggakan dan dicontohi.

Menteri Muda Pelanco-ngan Datuk Talib Zulpilip berkata walaupun kaum India merupakan kaum minoriti namun mereka juga merupakan sebahagian daripada tenaga kerja mahir dalam bidang perguruan, kejuruteraan, undang-undang, pengamal perubatan dan perniagaan yang telah membantu kepada pembangunan negeri.

“Kaum India di negara ini dilayan secara adil dan mendapat manfaat saksama seperti kaum-kaum lain berbanding dengan negara lain di mana diskriminasi kaum minoriti berlaku dise-babkan perbezaan agama dan kaum.

“Ini menunjukkan persefahaman antara semua kaum yang patut dibanggakan,” ujar beliau semalam ketika melakukan kunjungan ke rumah terbuka Pegawai Sumber Manusia Perbada-nan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Kannan Muniady sempena perayaan Deepavali.

Talib yang juga pengerusi SEDC berkata kaum India telah memberi sumba-ngan besar kepada ekonomi negeri ini memandangkan jumlah mereka yang kecil yang kebanyakannya menjalankan perusahaan kecil dan sederhana.

Turut hadir isteri beliau Datin Dr Zaliha Abdullah.