Sertai Cabaran Bola Sepak Pantai Kenyalang di Oya

0

MUKAH: Jawatankuasa Pekan Sabtu Oya akan menganjurkan Cabaran Bola Sepak Pantai Kenyalang sempena dengan Minggu Bestari Pekan Sabtu Oya 2012 dari 1 hingga 8 Disember depan di tapak Pekan Sabtu, Oya dekat sini.

Sehubungan itu, pihak penganjur mempe l awa penyertaan daripada pasukan- pasukan pada kejohanan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori tersebut, iaitu kategori terbuka, veteran dan wanita.

Penyertaan adalah terhad masing-masing kepada 32 pasukan untuk kategori terbuka dan veteran, manakala kategori wanita hanya memperuntukkan tempat bagi 16 pasukan.

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM150 setiap pasukan.

Untuk keterangan lanjut, hubungan Aini Suhaili menerusi talian 013-8839310 atau 016-5256689.