Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di S’wak

4

KUCHING: Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Sarawak menggunakan peruntukan yang diberikan kerajaan pusat menerusi Belanjawan 2013 khas untuk pembangunan perumahan di negeri ini.

Perkara itu didedahkan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang membe-ritahu ia hasil lawatan Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya.

Jumlah peruntukan untuk merancakkan sektor perumahan itu akan di-umumkan Abang Johari pada persida-ngan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula 19 November ini.

“Saya akan mengumumkan semasa (persidangan) DUN nanti mengenai peruntukan yang kita dapat daripada kerajaan pusat mengenai pembangunan perumahan di Sarawak.

“Sebenarnya, kita berasa beruntung kerana dalam Bajet 2013, Sarawak mendapat peruntukan yang agak baik dari sudut pembangunan rumah mampu milik, ini belum termasuk rumah mesra rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di-te-mui semasa mengadakan lawatan ke gerai pameran sempena Program Sambutan Maal Hijrah 1434H di pekarangan Masjid Jamek, di sini semalam.

Pada masa yang sama, Abang Johari memberi bayangan bahawa peruntukan yang akan diumumkannya pada persidangan DUN nanti pasti menggembirakan rakyat Sarawak.

“Kalau hari ini (semalam) saya umumkan ia terlalu awal, tetapi be-rita baiknya kita menerima peruntukan yang agak besar… kelak saya umum di DUN, tapi saya beri baya-ngan kita diberi peruntukan yang agak baik pada tahun ini,” jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu peruntukan itu adalah atas keprihatinan Perdana Menteri hasil lawatan beliau menerusi program Janji Ditepati di negeri ini, baru-baru ini.

“Saya telah memohon kepada kerajaan pusat untuk menambah peruntukan kerana perumahan adalah satu-satunya isu masyarakat dan harga rumah agak tinggi pada masa ini.

“Dengan ini, kita dapat memberi kemudahan untuk rakyat bagi mendapatkan kemudahan perumahan yang selesa,” katanya lagi.

Malah, katanya, disebabkan Sarawak sebuah negeri yang luas, penghijrahan penduduk yang begitu ketara dari luar bandar memberi tekanan untuk mendapatkan rumah yang agak selesa di kawasan bandar.

“Nampaknya, Yang Amat Berhormat PM telah memberi respons yang begitu menggalakkan untuk rakyat Sarawak,” ujarnya.