Nasib berbeza dua pemandu Proton Iswara

0

TRAGIS: Keadaan kereta Proton Iswara milik mangsa yang belum diketahui identitinya.

KUCHING: Seorang juru-teknik rentung manakala seorang lagi melecur separuh badan selepas kedua-dua kereta yang dipandu mereka terbakar dalam dua kemalangan jalan raya yang berasingan semalam.

Kemalangan yang me-ngorbankan Francis Linco Rinden, 29, dilaporkan berlaku di Tondong, Bau apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori sekitar jam 2 petang semalam.

Pemandu lori tersebut, Kend Kandong semasa di-temui pemberita memberitahu dia semasa kemalangan tersebut dalam perjalanan menuju ke Batu Kitang, Bau sebelum kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba memasuki laluannya.

“Saya terus memberikan isyarat lampu kepadanya, tetapi dia tidak berganjak membuatkan saya terpaksa memandu ke tepi jalan untuk mengelak daripada merempuh keretanya,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kereta mangsa telah merempuh bahagian tepi lori yang dipandunya sebelum api mula marak dari bahagian hadapan kereta mangsa.

“Saya bersama beberapa lagi orang awam kemudian berusaha menyelamatkannya namun api merebak dengan cepat dan belum sampai se-minit rasanya kereta tersebut habis dijilat api,” kata Kend lagi.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba, Bau bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berhubung kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Bau untuk tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang lelaki berjaya diselamatkan daripada rentung selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Batu 6 di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, 36, berasal dari Perupok, Gita semasa kemalangan tersebut dpercayai dalam perjalanan pulang sebelum keretanya terbabas lalu terbalik di hadapan sebuah stesen minyak.

Orang awam yang me-nyaksikan kejadian segera membantu mangsa selepas api mula marak dari hadapan kereta tersebut.

“Kami menggunakan kira-kira enam pemadam api dari stesen minyak berdekatan untuk meredakan api sebelum berusaha mengeluarkan mangsa dari keretanya,” kata seorang daripada orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang dilaporkan melecur separuh badan, kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.