Perumahan FC juara futsal Bawah 15 anjuran Mega Futsal

0

LAWAS: Pasukan Perumahan FC muncul juara pada Kejohanan Futsal Antara Remaja Bawah 15 Tahun anjuran Mega Futsal yang berlangsung di sini, hujung minggu lepas.

Pada perlawanan akhir, Perumahaan FC menumpaskan Teganang Junior FC 3-2 melalui sepakan penalti untuk bergelar juara, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan LT Jerung FC dan pasukan Gaya United FC terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Selaku juara, Perumahan FC membawa pulang hadiah wang tunai RM150 dan satu set jersi.

Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Pengurus Mega Futsal Lawas, Kaunselor Liaw Ho Peng.

Terdahulu, sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

Liaw berkata, kejohanan tersebut diadakan untuk menggalakkan remaja mengambil bahagian dalam sukan futsal, selain menyuburkan semangat sukan dalam kalangan belia.

“Selain mempromosikan budaya hidup sihat, kita yakin penyertaan memberangsangkan melibatkan pelbagai kaum pada pertandingan ini akan mengukuhkan lagi semangat 1Malaysia di daerah ini,” ujarnya.