Saingan boling amal Kelab Lions Lutong

0

MIRI: Kelab Lions Lutong akan mengadakan pertandingan boling amal pada 2 Disember ini di Megalanes Bowling, Bintang Megamall di sini bermula jam 10 pagi.

Presidennya, Jacky Iun memberitahu aktiviti itu bertujuan mengumpul dana untuk membeli kerusi roda kegunaan pesakit-pesakit di Hospital Miri.

“Aktiviti itu juga bertujuan merapatkan hubungan ahli-ahli selain meningkatkan pemahaman umum tentang peranan kelab kami, “ katanya.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan untuk seorang dan mereka dibenarkan membentuk satu pasukan terdiri daripada empat orang.

Jacky berkata, hadiah menarik juga disediakan untuk pemenang-pemenang tiket bertuah.

Kelab Lions Lutong turut mempelawa orang awam menderma kerusi roda untuk projek itu atau menderma RM300 untuk membeli sebuah kerusi roda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi setiausaha projek, Venorica Chia di talian 012-8738088 dan Jacky di talian 012-879 9398.