Friday, July 10

Pembangkang mahu tuduh kerajaan tipu pilihan raya

0

Minta pihak luar campur tangan, merusuh jatuhkan k’jaanKUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekasPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga semalam, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemputpemerhati luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 sebenarnya bertujuanmenuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

“Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya. Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaanmenang. Itu sahaja.

“(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya,” katanya apabila ditanya mengenaitindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menuliskepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantumemantau pilihan raya di Malaysia.

Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: “Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.

“Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri… tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) naktipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri,” katanya.

Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini.

Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia). — Bernama