SCSTC membuat kelainan pada Perhimpunan Agung Tahunan

0

‘MIMPI INDAH’: Pakaian tidur adalah tema utama Perhimpunan Agung Tahunan Kelab Pelancong Kolej SEGi Sarawak 2012.

KUCHING: Kelab Pelancong Kolej SEGi Sarawak (SCSTC) datang dengan pendekatan yang unik dengan menganjurkan parti hari jadi, bertemakan ‘pakaian tidur’, bertepatan dengan Perhimpunan Agung Tahunan kelab yang diadakan di Grand Supreme Hotel, pada 9 November 2012.

Menurut Penasihat Kelab merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Hospitaliti Ting Hui Bun, SCSTC menjalankan tema ini dengan objektif untuk membina hubungan yang lebih baik antara ahli kelab dan pensyarah daripada fakulti yang berlainan di SEGi.

“Kelab ini juga menyerah kerja kepada pemegang jawatan bagi tahun 2013 semasa acara ini.

“Pelajar dan pensyarah menikmati pelbagai keseronokan dan permainan. Pelajar telah diberi peluang untuk bergaul dengan ahli-ahli lain dan membina kemahiran rangkaian mereka”, tambah Ting.

“Acara ini merupakan satu kejayaan, sebahagiannya kerana soko-ngan daripada penaja yang bermurah hati seperti Grand Supreme Hotel, Level Up Fitness Sdn Bhd, Munch Cafe, Pie John, KTS Trading Sdn Bhd, Full House, Ming Ming Travel Services Sdn Bhd dan Hartz Chicken,” kata Penyelaras Program daripada Fakulti Hospitaliti Kolej SEGi Sarawak (SCSFOH) Abby Lee.

SCSTC yang dibangunkan di bawah SCSFOH, menganjurkan pelbagai aktiviti yang sinonim dengan program Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan yang ditawarkan oleh fakulti.

Program yang ditawarkan oleh SCSFOH adalah termasuk program Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Pelancongan serta beberapa program baharu seperti Diploma Seni Kulinari dan Seni Pasti dan Bakeri.

“Kolej SEGi Sarawak sentiasa menggalakkan pelajar agar lebih aktif dan dinamik dalam kurikulum dan aktiviti luar kelas.

“SCSFOH sentiasa ber-kembang dengan menawarkan program antarabangsa dalam kerjasama dengan University of Sunderland, UK.

“BSc (Hon) Pelancongan Antarabangsa & Pengurusan Hospitaliti kini dibuka untuk pendaftaran.

“Selain daripada ini, kami juga menawarkan Diploma Eksekutif Pengurusan Hotel yang merupakan satu program sambilan yang direka untuk orang dewasa yang bekerja, “ kata Pengetua Kolej SEGi Sarawak Elina Tiu.

Program-program yang ditawarkan di bawah SCSFOH diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kolej SEGi Sarawak juga menyediakan bantuan kewangan dari segi pinjaman pelajaran dan biasiswa untuk pelajar dengan keputusan cemerlang dalam SPM atau STPM.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Kolej SEGi Sarawak, hadiri Hari Terbuka pada 14-18 Disember 2012, layari www.segi.edu.my atau terus ke kampus utama semasa waktu pejabat di 211, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching, Sarawak (Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi – 8.00 petang, Sabtu 8.30 pagi – 3 petang dan hari Ahad 10 pagi – 3 petang), atau mana-mana lokasi jerayawara SEGi.

Sila hubungi nombor bebas tol SEGi iaitu 1-300-88-7344 atau 082-252566, SCS Recruitment Centre Sibu (084-329566), SCS Pejabat Kemasukan Kota Kinabalu (088-447588) atau e-mel di [email protected].