Bomba perlu jentera praktikal

0

TANGKAS ATAU SEBALIKNYA: Anggota Pasukan Tindakan Kecemasan dan Bomba Sukarela diuji dalam Pertandingan Kawat Kecekapan Pasukan Tindakan Kecemasan dan Bomba Sukarela di Kuching, semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

JBPM minta jentera tambahan RIV bersaiz kecil bagi operasi di kampung tradisi

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meminta agar dibekalkan jentera tambahan Rapid Intervention Vehicle (RIV) bersaiz kecil bagi kegunaan pasukan dalam operasi yang dijalankan terutama melibatkan kampung tradisi di negeri ini.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata berdasarkan faktor geografi, jarak tempat operasi serta keadaan kawasan operasi iaitu ruang jalan yang sempit terdapat di kampung tradisi, pihaknya melihat tambahan jentera tersebut sangat pen-ting.

Beliau memberitahu, untuk itu pihaknya memohon agar dibekalkan kereta bomba le-bih kecil tetapi laju kerana buat masa ini jentera tersebut yang ada di Sarawak sudah lama dan di peringkat pelupusan.

“Kita dapati semasa kecemasan ini terutama melibat-kan kebakaran di di kampung-kampung tradisi yang ada di Sarawak, anggota kita pasti menghadapi masalah untuk masuk ke kawasan operasi.

“Hal ini kerana jalan kampung tradisi mempunyai kelebaran dan ruang yang terhad untuk dimasuki jentera bomba yang bersaiz besar yang kita ada sekarang ini, oleh itu kita sedang berusaha untuk mendapatkan jentera pemadam kebakaran yang lebih kecil bagi memudahkan operasi di kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas me-rasmikan Pertandingan Kawat Kecekapan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dan Bomba Sukarela di sini semalam.

“Tambahan jentera RIV tersebut akan memberi banyak manfaat kepada kami, sebagai contoh, operasi menyelamat yang dilakukan di kampung-kampung tradisional amat sukar kerana faktor jalan raya serta rumah yang dibina agak rapat,” tambahnya.

Nor Hisham mendedahkan bahawa jentera RIV bersaiz kecil itu menjadi antara per-kara utama yang dibincangkan pada mesyuarat pengarah JBPM negeri yang berlangsung di Perlis minggu lalu.

“Oleh itu, pihak ibu pejabat telah bersetuju perkara ter- sebut akan dilihat secara me-nyeluruh,” jelasnya.

Selain itu, katanya pihak ja-batan turut mencari pendekatan baharu selain yang ada se-karang iaitu bomba sukarela.

Jelasnya, jabatan sedang merancang untuk mewujudkan pasukan bomba bantuan dalam jabatan berkenaan supaya dapat memberi sokongan kepada anggota yang sedia ada di ne-geri ini.

“Menerusi sokongan dari-pada bomba bantuan kita berpeluang untuk membina balai bomba yang lebih banyak di Sarawak mahupun di Sabah,” katanya sambil menambah kini sejumlah 35 pasukan bomba sukarelawan telah diwujudkan di negeri ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, berkuat kuasa 1 Disember lalu, Jabatan Bomba di Samalaju telah beroperasi bagi menyokong pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).