Masjid At-Taqwa terima peruntukan RM500,000

0

MIRI: Masjid At-Taqwa Miri menerima peruntukan daripada Kerajaan Per-sekutuan berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan serta membaik pulih kerosakan yang sedia ada.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Miri, Hamzah Dadu memberitahu peruntukan tersebut telah disalurkan kerajaan menerusi agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksana kerja-kerja membaik  pulih.

“Kita telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan satu perbincangan bersama JKR telah dilakukan bagi memastikan per-untukan itu digunakan untuk kerja-kerja membaik pulih struktur masjid kami,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, kerja-kerja bagi menaik taraf lantai masjid berkenaan telah siap sepenuhnya namun masalah bumbungnya (kubah masjid) bocor yang masih membelenggu para jemaah masjid.

“Peruntukan sekurang-kurangnya RM750,000 diperlukan bagi menampung kerosakan bumbung masjid yang bocor akibat hujan lebat,” katanya.

Beliau memberitahu, jika hujan le-bat para jemaah terpaksa beralih dan beribadat di kawasan berhampiran bagi mengelak daripada basah akibat kebocoran bumbung masjid.

Sementara itu, isu bumbung Masjid At-Taqwa turut menarik perhatian parti-parti politik terutamanya pihak pembangkang.

Pihak pembangkang sebelum ini turut mempersoal peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bumbung masjid terbabit.

Pada masa sama, pihak terbabit mengharapkan masalah kebocoran pada kubah masjid terbabit diatasi     segera atau diganti dengan kubah baharu sekali gus dapat menyelesaikan masalah kebocoran.