RELA Limbang sasar 5,000 ahli baharu

0

LIMBANG: Pasukan Suka-relawan Malaysia (RELA) Daerah Limbang menyasarkan untuk merekrut 5,000 ahli baharu menjelang 2013 bagi membantu pasukan ke-selamatan menjaga keamanan sekali gus mengukuhkan peranan pasukan itu.

Pegawai RELA Daerah Limbang, Leftenan Kolonel Mat Usin Bakar berkata pada masa ini pasukannya mempunyai seramai 4,971 ahli berdaftar termasuk 1,541 wanita dan selebihnya anggota lelaki.

Beliau menjelaskan jumlah tersebut dijangka akan meningkat menjelang tahun hadapan berikutan sambutan memberangsangkan daripada masyarakat untuk menyertai pasukan sukarelawan itu.

“Kita menyasarkan untuk merekrut 5,000 ahli baharu menjelang tahun depan dan hasrat ini mampu dicapai memandangkan sambutan masyarakat yang berminat melibatkan diri dalam pasukan sukarelawan.

“Selain itu, kita juga akan lebih aktif turun padang untuk memperkenal pasukan sukarelawan dalam usaha menarik minat orang awam untuk menyertai pasukan tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurut Mat Usin, setakat ini RELA Limbang banyak mencatatkan pencapaian terbaik dalam membantu pasukan keselamatan menjaga keamanan di daerah ini.

“Pasukan Sukarelawan Limbang banyak terlibat dalam pelbagai program yang memerlukan khidmat mereka dalam memastikan keamanan di sini terus terpelihara.

“Di samping program ke-amanan, mereka juga banyak terlibat dalam program bakti, kebajikan dan kemasyara-katan bersama agensi dan jabatan kerajaan lain yang dijalankan di bandar dan pedalaman,” jelasnya.

Beliau mahu anggota RELA Limbang agar terus mengekalkan disiplin tinggi, selain memastikan Pegawai Perhubungan dan Ketua Plantun berkhidmat dengan cemerlang dan sentiasa mengikuti arahan dari semasa ke semasa.

Mengulas mengenai langkah kerajaaan melakukan penjenamaan semula RELA kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia, jelasnya merupakan perubahan positif yang harus diterima semua anggota RELA sebelum ini.

“Kita sentiasa akur dan bersedia menerima arahan dan perubahan (penjenamaan semula) daripada pihak atasan.

“Kita juga yakin dengan penjenamaan semula ahli-ahli RELA akan lebih bersemangat dan berkhidmat dengan semangat lebih kental,” katanya.

Beliau menambah mereka perlu terus berkhidmat bukan sahaja sebagai  mata dan telinga kerajaan, namun membantu polis menjaga keamanan secara berterusan.