Anggota trafik dikhuatiri patah kaki dilanggar kereta

0

KUCHING: Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kanan akibat dilanggar sebuah kereta ketika sedang bertugas petang semalam.

Mangsa, 30-an semasa kejadian dikatakan baharu memasuki simpang ke pusat komersial Yoshi Square sebelum dikatakan dilanggar sebuah kereta jenis Proton Iswara sekitar jam 4 petang.

Ekoran itu, mangsa yang sepatutnya menjalankan rondaan bermotosikal di kawasan berkenaan terjatuh dari motosikalnya dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kanan.

Anggota polis trafik lain yang turut bertugas di tempat kejadian segera membantu mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan paramedik.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) mengguna-kan ambulans.

Manakala wanita berusia sekitar 50-an iaitu pemandu kereta Proton Iswara tersebut dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lagi anggota polis turut dilaporkan dikejarkan ke HUS selepas terlibat dalam kemalangan juga sekitar jam 4 petang semalam.

Mangsa, 22, semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan dari Petra Jaya menuju ke pusat bandar raya sebelum berlanggar dengan sebuah kereta yang dikatakan tiba-tiba memintasnya sebelum memasuki sebuah simpang secara tiba-tiba di Satok, di sini.

Akibat itu, mangsa dikata-kan terpelanting dari motosikalnya menyebabkan dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Manakala pemandu kereta tersebut dikatakan tidak meng-alami sebarang kecederaan.