Sunday, April 18

BiFA anjur malam amal pada 18 Januari depan

0

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjurkan Malam Amal BiFA 2012 pada 18 Januari 2013 di Tune Hotel di sini.

Presidennya, Duke Janteng berkata, majlis itu akan bermula pada jam 8 malam dengan menyenaraikan acara penyampaian Anugerah Pemain Harapan Bintulu, Tokoh Bola Sepak di samping bantuan dan sumbangan untuk anak-anak yatim.

“Majlis itu adalah yang julung kali diadakan oleh BiFA,” ujarnya sambil menambah pada jam 9 pagi pula program lain turut diadakan iaitu derma darah di Hospital Bintulu.

Katanya, majlis itu membuktikan pihaknya tidak hanya memfokuskan kepada penganjuran kejohanan bola sepak semata-mata, tetapi aktiviti-aktiviti amal yang mampu mendekatkan diri kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan.