Monday, October 21

13 SRS sertai program Jom Ronda di Sibu

0

SIBU: Program Jom Ronda Bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) Peringkat Bahagian Sibu diadakan di Kampung Datu di sini, baru-baru ini.

Jom Ronda itu melibatkan sebanyak 13 buah SRS di bahagian ini yang terdiri daripada SRS Kampung Usahajaya Baru Fasa II, SRS Kampung Datu, SRS Taman Soon Hup, SRS Kampung Nangka, Bandong dan Abang Barieng, SRS Sibu Jaya Zon I, SRS Sibu Jaya Zon II, SRS Sibu Jaya Zon 5, SRS Jalan Awang Ramli Amit, SRS Perumahan SEDC dan Perindustiran Hulu Lanang, SRS Jalan Belatok, SRS Nibong, SRS Kampung Jeriah dan SRS Skim Penempatan Semula Jalan Sentosa Salim.

Turut serta Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Delin Liet Blaun sekali gus merasmi pelancaran Program Jom Ronda Bersama Skim Rondaan Sukarela Peringkat Bahagian Sibu sambil disaksikan oleh 13 Ketua Peronda SRS Bahagian Sibu.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Rajli Abdul Rahim selaku wakil Ketua Peronda SRS Bahagian Sibu.

Turut hadir wakil Ketua Polis Daerah Sibu, anggota-anggota unit Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Program itu adalah untuk membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, membantu menguatkuasakan undang-undang, memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda, mempertingkat semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dan memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.