Alumni Sekolah St Lucas anjur majlis makan malam 16 Dis

0

KUCHING: Alumni Sekolah St Lucas yang terletak di Kota Padawan akan mengadakan majlis makan malam yang pertama seumpamanya pada 16 Disember ini.

Sekolah mubaligh ini diasaskan oleh Father Phang pada tahun 1964, namun terpaksa ditutup pada 1980 ekoran kekurangan pelajar.

Lebih tiga dekad selepas penutupannya, alumni St Lucas baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan majlis makan malam pada 16 Disember ini bagi merapatkan hubungan antara bekas pelajar dan guru.

Sehubungan itu, pengerusi pengelola, Voon Foh Jin menyeru semua individu yang pernah belajar di Sekolah St Lucas dari 1964 hingga 1980 agar mengambil peluang untuk menyertai majlis itu.

Majlis akan diadakan di Restoran Makanan Laut Wang Seng, Kota Padawan dari jam 6 petang dan tiket boleh didapati pada harga RM30 seorang untuk bekas pelajar, manakala bekas guru percuma.

Pasangan juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam acara khas dan hadiah istimewa akan diberikan kepada semua guru sebagai tanda penghargaan.

Oleh kerana masa semakin singkat, peserta diminta supaya mengesahkan kehadiran sebelum 13 Disember ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kapitan Ng Soon Hup (019-8181713), Lee Syan Khan (016-8782738), Voon Foh Jin (019-8889618), Chin Sui Chiew (014-6827083), George Wee (019-8542145), Josephine (013-8088158), Bong Choo Chew (013-8201208) dan Chin Tze Sian (016-8928993).