Zee Avi, Hafiz, Jerry Kamit terima Pingat Kebesaran Negeri Sarawak

0

ARTIS ANTARABANGSA: Zee Avi menerima anugerah Pegawai Bintang Kenyalang daripada Tun Salahuddin

KUCHING: Penyanyi kelahiran Sarawak, Zee Avi dan Hafiz antara 105 penerima yang dianugerahkan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak, Selasa lepas.

Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman menerima anugerah Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) manakala juara AF7 Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS).

Sementara itu, pagi semalam seorang lagi artis tempatan Sarawak iaitu Jerry Kamit dianugerahkan ABS daripada 102 orang penerima Pingat Kebesaran Negeri Sarawak.

Penyampaian darjah dan pingat disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Dewan Besar, Astana Negeri, Petra Jaya di sini.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Md. Yahaya Basimin.